Wednesday 24 April 2013

TIPS PENJAGAAN KULIT BERSAMA Nour Ain

TIPS PENJAGAAN KULIT BERSAMA Nour Ain

KULIT BERMINYAK

Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri.

Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat.

Bahagian hidung adalah yang paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.

Sumber: kosmo.com.my

KULIT KERING

Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan. Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa.

Anda juga harus memberi lebih perhatian terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.

Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuihBiarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.

Sumber: kosmo.com.my


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
 
HARGA PROMOSI RM100 FREE POSLAJU




nak order?

call/sms ke 019-6458046  
@

1 comment:

  1. Assalam...sy nk tahu produk ni ade kesan sampingan x...boleh nipiskan kulit x...tq..

    ReplyDelete